Sistem francais merupakan
satu kaedah yang amat berkesan untuk mewujudkan keusahawanan di semua lapisan
masyarakat,ini telah mendorong Kerajaan untuk meningkatkan usaha dan inisiatif
membangunkan industri francais tempatan dengan menggalak dan memudahcarakan
lebih banyak usahawan mengembangkan perniagaan mereka melalui sistem francais.
Mengikut
sejarah perkembangan penubuhan perniagaan francais dunia yang telah berjaya
berkembang di pelbagai negara, ianya dimulai daripada satu syarikat kecil
kemudian berkembang secara berperingkat, mencuba beberapa strategi pemasaran,
sehingga menemukan satu kaedah pemasaran yang lebih berjaya dan terus
disempurnakan sehingga memberi kesan pada pulangan yang agak lumayan. Daripada
sejarah dan latar belakang penubuhannya, francais terbukti boleh bertahan dalam
tempoh masa yang agak lama dengan terus menyempurnakan kekurangan-kekurangan
yang boleh menjayakan lagi perniagaan ini.
Oleh yang sedemikian,dalam
mempertingkatkan industri francais di negara ini, pelbagai usaha perlu
dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memantapkan industri francais di Malaysia.
Antaranya ialah meningkatkan daya saing, melakukan transformasi dalam
menjalankan perniagaan, di samping pembangunan modal insan serta koordinasi di
antara agensi di bawah KPDNKK seperti PNS dengan Bahagian Pembangunan Francais
bersama-sama dengan Persatuan Francais Malaysia (MFA).
No comments:
Post a Comment