Oleh kerana francaisi
menjalankan perniagaan di bawah nama atau cap dagang yang sudah dikenali, dan
menggunakan kaedah atau konsep pemasaran yang telah terbukti, francais
menjanjikan laluan yang lebih selamat bagi memulakan sesebuah perniagaan
sendiri.Namun demikian dalam menjalankan sesebuah perniagaan tidak dapat
dinafikan terdapat pelbagai halangan dan cabaran yang perlu dihadapi bagi
memastikan perniagaan tersebut kekal serta membuahkan hasil yang
diinginkan.Antara cabaran yang wujud dalam industri ini adalah seperti ;
a)
tidak mempunyai cara pemikiran yang sewajarnya terhadap pertumbuhan simbiotik antara francaisor dengan
francaisi;
b)
jenama francais yang tidak benar-benar diiktiraf kerana kempen pemasaran yang
lemah;
c)
tiada konsep model perniagaan yang berdaya maju yang menitikberatkan permintaan
dan keperluan pengguna;
d)
kurang infrastruktur/sistem sokongan francais yang kukuh untuk menyokong
bilangan outlet sedia ada dan yang semakin bertambah; dan
e)
kumpulan pengurusan yang tidak berpengalaman dan/atau tiada kelayakan yang
sesuai untuk menjalankan perniagaan francais.
Walaubagaimanapun,
jika kita meneliti dengan lebih lanjut permasalahan yang dihadapi oleh pihak
francaisi dan francaisor secara tidak langsung ia mungkin dapat diperbaiki dari
semasa ke semasa.Antara faktor-faktor yang boleh dikenalpasti daripada
kedua-dua belah pihak seperti:
a) Cabaran
yang dihadapi oleh francaisi
i.
Modal
Yang Tinggi
Ø Kos
bagi mendapatkan hak menggunakan jenama dan bantuan dari francaisor adalah
tinggi dan kos-kos seperti Yuran Francais adalah satu jumlah yang
besar dan tidak dikembalikan.Kos sewa, deposit, pembelian aset dan pengubahsuaian
kedai juga ditanggung oleh francaisi.Selain itu,bayaran royalti bulanan
juga perlu dibayar mengikut peratus
jualan bulanan walaupun tidak memperolehi keuntungan. Di samping itu,bayaran
untuk tujuan pengiklanan juga adalah perlu
untuk mengiklankan jenama produk atau perkhidmatan bagi menarik lebih
ramai francaisi.Tetapi ianya mungkin tidak mempromosikan perniagaan francaisi
tersebut.
ii.
Francaisi
Tidak Mempunyai Kebebasan
Ø Pemilihan lokasi–
Francaisor mempunyai hak untuk memilih lokasi yang difikirkan sesuai dengan perniagaannya dan ini memungkinkan wujudnya percanggahan pendapat dari pihak francaisi.
Francaisor mempunyai hak untuk memilih lokasi yang difikirkan sesuai dengan perniagaannya dan ini memungkinkan wujudnya percanggahan pendapat dari pihak francaisi.
Ø Kawalan dalam penjualan
produk dan perkhidmatan –
Setiap penjualan produk dan juga perkhidmatan perniagaan Fraincais akan dikawal oleh Francaisor.Jadi, francaisi tidak boleh menjual produk / perkhidmatan selain daripada francaisor.
ØKawalan dalam penggendalikan operasi perniagaan –
Francaisi juga tidak mempunyai kuasa dalam menentukan waktu operasi perniagaan, uniform pekerja, iklan serta promosi dan juga prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga menyukarkan francaisi memberi diskaun kepada pelanggan.Oleh kerana pemilihan pengedar juga perlu diluluskan oleh francaisor,secara tidak langsung ini menyukarkan Francaisi mendapatkan barang dengan harga yang lebih murah.
iii.Komitmen yang tinggi
Ø Kegagalan dalam perniagaan selalunya berpunca daripada sikap francaisi yang terlalu bergantung kepada francaisor kerana kurangnya kepercayaan terhadap diri sendiri sedangkan untuk berjaya dalam industri itu bukan mudah kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi.Francaisi bukan sahaja sekadar mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan modal semata-mata sebaliknya perlu belajar dan memahami selok-belok perniagaan yang bakal diceburi.Pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan, komitmen, kemampuan dari mental dan fizikal,adalah perlu bagi memastikan perniagaan tersebut berkembang serta mendapat keuntungan secara berterusan.

Ø Penamatan
Kontrak
Kontrak francais akan
ditamatkan sekiranya francaisi melanggar perjanjian francais dan kontrak
sesebuah francais juga hanya sah untuk
tempoh masa yang telah dipersetujui.Antara sebab-sebab lain juga adalah
seperti,kegagalan Francaisi untuk membayar royalti,gagal menunjukkan prestasi
yang menguntungkan dan lain-lain sebab yang munasabah. Segala pelaburan
francaisi akan hilang apabila kontrak tamat. Di Malaysia, setiap perjanjian
francais adalah hanya untuk 5 tahun.
Ø Pembaharuan
Kontrak
Pembaharuan kontrak tidak berlaku secara automatik.
Segala terma dan syarat mungkin akan berubah.Antaranya kenaikkan kadar bayaran
royalti, membuat pengubahsuaian kedai, menggurangkan hak wilayah dan kawalan
atas jualan dan semua pembaharuan ini berkemungkinan untuk memberi peluang
kepada francaisi lain.
b) Cabaran
yang dihadapi oleh Francaisor
I.
Kos
Ø Membangunkan
sistem francais bukanlah sesuatu yang mudah, malah ia memerlukan masa yang
banyak dan membabitkan kos yang tinggi. Secara purata pembangunan sesuatu
sistem francais baru akan memakan masa lebih dari 5 tahun dengan melibatkan kos
di sekitar RM200 ribu hingga RM1 juta bergantung kepada jenis produk yang
dipasarkan.
II.
Perkhidmatan
Ø Francaisor
adalah bertanggungjawab ke atas kewujudan, perkembangan dan daya saing perniagaan
francaisi. Francaisor perlu memberikan bantuan kewangan dan khidmat sokongan
kepada pihak francaisi bukan hanya dalam masa yang singkat tetapi untuk seumur
hidup selagi perniagaan francais itu dikendalikan oleh
francaisi. Rangkaian perniagaan yang besar pastinya memerlukan
perkhidmatan sokongan serta pasukan pengurusan dan pengawalseliaan yang
berkesan.
iii.
Penipuan
Ø Pihak
francaisor berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk menangani masalah penipuan
seperti bayaran royalti, bayaran caj perkhidmatan, peniruan dan kebocoran
formula produk dan sebagainya apabila cawangan francais pihak francaisor
bertambah dan berkembang pesat.
iv.
Kebocoran rahsia
Ø Menjadi
tanggungjawab francaisor untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran dengan
francaisinya.Perkongsian diantara francaisor dan francaisi juga memungkinkan
perkongsian rahsia -rahsia perniagaan yang mempunyai risiko peniruan dan
kebocoran formula produk.
No comments:
Post a Comment