Walaupun industri francais
negara telah mencapai satu tahap yang membanggakan termasuk lahirnya
jenama-jenama tempatan terkenal yang mampu berkembang ke persada antarabangsa
tetapi industri tempatan masih lagi belum berupaya sepenuhnya untuk menerokai
peluang perniagaan francais yang sedia ada.
Sejak kerajaan
memperkenalkan konsep perniagaan secara francais di negara ini pada tahun 1992
yang telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berbahagia
Tun Dr. Mahathir Mohamed, bilangan syarikat yang melibatkan diri dalam bidang
perniagaan secara francais terus meningkat dari semasa ke semasa. Perkembangan
positif ini memberikan petanda baik bukan sahaja kepada masa depan pertumbuhan
ekonomi negara, bahkan ke arah mewujudkan kehidupan yang lebih selesa kepada
para usahawan terutamanya usahawan kecil dan sederhana untuk menceburi bidang
keusahawanan francais.Usaha dan komitmen yang diberikan oleh semua penggiat
dalam industri francais di negara ini telah mendapat pengktirafan yang
sewajarnya daripada Kerajaan.
Dalam membangunkan industri ini,
kerajaan telah merangka tiga fasa bagi membantu memajukan industri francais di
Malaysia dan mencapai keadaan akhir sasaran dengan hasrat menjadikan Malaysia
sebagai pusat francais pada 2020:
i)Fasa
1 bermula dari 2012 hingga 2014 (3 tahun) dan melibatkan pemantapan peserta francais dan rangka kerja pembangunan
francais;
ii)Fasa 2 bermula dari 2015
hingga 2016 (2 tahun) dan melibatkan usaha
ke arah industri dalam negeri yang dinamik dan teguh;dan
ke arah industri dalam negeri yang dinamik dan teguh;dan
iii)Fasa
3 bermula dari 2017 hingga 2020 dan melibatkan usaha menjadikan
Industri francais dilihat semakin kukuh walaupun
berdepan dengan situasi ekonomi yang sukar dijangka berikutan kemampanan sistem
perniagaan yang diwujudkan dan dipraktiskan di dalam operasinya. Persatuan
Francais Malaysia (MFA) juga optimis bahawa industri francais negara mampu
mencatatkan sumbangan berjumlah RM26.8 bilion kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) pada tahun ini berbanding RM26.15 bilion tahun lalu meskipun
berdepan cabaran ekonomi yang memberi kesan langsung kepada sektor perniagaan
komersial. Menurut Setiausaha Agung MFA, Mohamad Shukri
Salleh sehingga kini 797 syarikat francais berdaftar dengan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membabitkan nisbah
70 peratus jenama tempatan dan 30 peratus adalah jenama antarabangsa, sekali
gus membuktikan industri itu semakin mendapat perhatian daripada usahawan
tempatan.
Secara tidak langsung,tindakan Kerajaan memperkenal dan membangunkan sistem francais di Malaysia bagi membolehkan lebih ramai bakal-bakal usahawan menceburi bidang perniagaan francais khususnya francais berskala kecil atau mikro haruslah di sambut baik kerana perniagaan melalui sistem francais merupakan model perniagaan yang berisiko rendah sekiranya dibandingkan dengan memulakan perniagaan sendiri.Ekosistem pembangunan perniagaan francais di bawah sistem francais adalah lengkap dengan peraturan-peraturan dan undang-undang untuk menjaga kepentingan francaisor dan francaisi dan penambahbaikan Akta Francais 1998 bagi mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk membangunkan lagi industri francais juga menunjukan kesungguhan Kerajaan untuk membantu industri ini berkembang kukuh serta membuahkan hasil yang menguntungkan.

No comments:
Post a Comment