“Francais” atau sebutan bahasa Anglo-French, “ Franchising” , diambil dari kata dasar “Franc” yang bermaksud percuma.Dalam dunia perniagaan francais,terdapat dua pihak yang terlibat dalam perniagaan francais iaitu francaisor dan francaisi.Francaisor ialah pemberi francais yang memiliki dan mengeluarkan sesuatu produk.Manakala francaisi ialah penerima francaisor yang menjual produk berlandaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh francaisor.
Ini menjelaskan bahawa perniagaan francais melibatkan dua pihak yang diikat dengan kontrak yang telah dipersetujui bersam,di mana satu perjanjian mengenai syarat francais akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan sistem operasi serta segala hal berkaitan penubuhan dan pengurusan perniagaan akan diberikan oleh francaisor kepada francaisi di mana francaisor akan memberi kebenaran atau hak kepada francaisi yang secara relatifnya bersaiz lebih kecil bagi menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang telah ditentukan dalam satu jangka masa dan tempat tertentu untuk proses mengedarkan barang atau perkhidmatan yang sedia wujud. Daripada urusniaga ini, francaisor akan mendapat keuntungan dengan menerima royalti daripada francaisi.
Menurut Persatuan Francais Malaysia (MFA) pula,dari sudut komersial,Francais adalah merupakan satu kaedah pemasaran yang berasaskan pemberian hak dan tanggungjawab bagi menjalankan sesuatu perniagaan menggunakan tanda nama atau tanda niaga, sistem, lokasi atau kawasan dan jangkamasa yang ditentukan.Manakala dari sudut perundangan (Akta Francais) pula,francais didefinasikan sebagai kontrak atau perjanjian samada secara nyata atau tersirat, secara lisan atau tertulis di antara 2 orang atau lebih di mana francaisor berhak untuk membenarkan francaisi mengendalikan perniagaan mengikut sistem francais yang ditentukan oleh francaisor selama tempoh yang ditentukan oleh francaisor.
Perniagaan ini juga boleh diambil kira sebagai sebuah perniagaan di mana syarikat induk (francisor)memberikan autoriti kepada individu mahupun syarikat lain bagi menjalankan perniagaannya.Ia juga merupakan satu bentuk perniagaan yang berkontrak di antara pihak francaisor dan francaisi yang telah mengariskan tanggungjawab dan tugas kedua-dua pihak di mana fungsi-fungsi pemasaran sesuatu produk akan dipiawai dan diselaraskan tanpa berlakunya penduaan mahupun peniruan (duplication).