Thursday 17 December 2015

3.0 SISTEM SOKONGAN KERAJAAN


Dalam usaha untuk membangunkan industri francais di Malaysia,kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam membantu mereka yang berkeinginan untuk berkecimpung dalam dunia francais ini terbukti dengan penghasilan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) 2012-2016 dengan matlamat dan sasaran yang jelas serta memberi manfaat kepada golongan sasar.Di mana PIPFN berhasrat untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat,peniaga besar atau kecil-kecilan ataupun bakal usahawan untuk menceburi perniagaan Francais.
PIPFN juga bercadang untuk memperluaskan fokus dari sektor tradisional (makanan dan minuman, pakaian, kesihatan dan kecantikan) kepada sektor baru yang tersenarai dalam Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) seperti pelajaran, produk dan perkhidmatan hijau, pelancongan-kesihatan, produk dan perkhidmatan mematuhi syariah untuk menembusi pasaran Timur Tengah dan negara Islam serta negara lain yang mempunyai pasaran berpotensi.
PIPFN melibatkan pelbagai kumpulan sasaran termasuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS),belia,wanita,golongan khas (OKU),pesara dan ramai lagi.
Sebagai contoh,program-program seperti francais komuniti dan francais mikro berkelompok telah diwujudkan sebagai projek perintis bagi memperkenalkan francais mikro kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta komuniti luar bandar.PIPFN telah merangka tiga fasa bagi membantu memajukan industri francais dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di peringkat Asia Tenggara dan menembusi negara Timur Tengah pada tahun 2020.
Cadangan dan strategi yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional akan dijadikan sebagai panduan dalam mencapai objektif membangunkan industri francais tempatan di samping menyumbang kepada ekonomi negara. Memandangkan pertumbuhan menyeluruh industri francais negara turut memerlukan penglibatan kementerian dan agensi Kerajaan lain, adalah penting supaya kerjasama rapat di antara kementerian dan agensi Kerajaan berkaitan serta penggiat industri francais diadakan ke arah pencapaian matlamat pembangunan industri francais nasional yang mampan.
Selain itu,bagi memastikan industri perniagaan francais terus berdaya saing kerajaan telah merangka beberapa program pembangunan untuk membantu usahawan dan peniaga francais,antaranya:
a)    Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT).
Ø  PPFT menawarkan platform untuk menukarkan perniagaan konvensional kepada perniagaan francais yang bersistematik dan sedia untuk berkembang.
Ø  Melalui program ini, usahawan tempatan yang mempunyai perniagaan yang berpotensi untuk difrancaiskan boleh menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais.
Ø  Kos bagi perkhidmatan perunding dibiayai melalui program.

b)   Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF).
Ø  Insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan mengambil inisiatif sendiri untuk menukar perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais.
Ø  Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya didaftarkan sebagai perniagaan francais layak diberi geran dalam bentuk bayaran balik sehingga 90 peratus dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100,000.
Ø  Kerajaan juga mengadakan pelbagai program promosi francais bagi memudah cara francaisor untuk mengembangkan perniagaan francais seperti ekspo promosi francais.
Ø  Untuk luar negara, kerajaan juga menyediakan kemudahan kepada francaisor tempatan menyertai ekspo francais antarabangsa di pasaran luar negara yang dikenalpasti sebagai pasaran sasaran iaitu Indonesia, China dan negara-negara Timur Tengah.
3.1 AGENSI YANG TURUT MENYOKONG  PEMBANGUNAN USAHAWAN FRANCAIS
                      I.        Perbadanan Nasional Berhad (PNS)







Ø Merupakan sebuah agensi milik Kementerian Kewangan yang diperbadankan (MOF) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais Malaysia.
Ø  PNS diwujudkan bertujuan untuk membangunkan industri francais di samping meningkatkan bilangan usahawan francais, melalui kepakaran dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan produk.
Ø  PNS memainkan peranan dalam menerajui pertumbuhan industri francais negara untuk memenuhi matlamat mereka untuk melahirkan lebih ramai usahawan francais dalam dunia perniagaan.
Ø  Salah satu objektif utama PNS adalah untuk membangunkan produk tempatan dan dipasarkan di luar negara.
Ø  PNS juga menyediakan skim bimbingan dan khas untuk francaisor dan francaisi dan mengalu-alukan rakan-rakan francais dari luar ke Malaysia.
                    II.        Persatuan Francais Malaysia (MFA)

Ø sebuah badan bukan kerajaan yang juga sering bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha untuk membangunkan industri francais tempatan dan menjadi perantara ahli-ahli MFA dari industri francais dengan Kerajaan.

No comments:

Post a Comment