Thursday 17 December 2015

2.0 SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS


2.1 Peringkat Global

Perniagaan francais bukanlah satu perkara baru dalam dunia perniagaan kerana ia telah bertapak lama dalam dunia perdagangan, tidak hanya di USA dan Eropah, akan tetapi sudah masuk ke negara-negara lainnya. Ia merupakan satu konsep perniagaan yang melibatkan dua pihak ataupun lebih mengikut keperluan bagi menjalankan satu aktiviti perniagaan, mengembangkan dan memperkenalkannya terus sehingga dapat diterima dengan cepat di kalangan pengguna.

Di peringkat global, perniagaan secara francais menjadi pilihan utama usahawan kerana model perniagaannya yang cepat berkembang. Antara syarikat yang terkenal dengan perniagaan secara francais ialah McDonald dan Kentucky Fried Chicken (KFC).
Syarikat yang berteraskan makanan segera ini mendapat keuntungan berganda kerana berjaya mengembangkan rangkaian perniagaan mereka di pelosok dunia melalui perniagaan francais.



2.2 Francais Di Malaysia

Di Malaysia, perniagaan melalui sistem francais bukanlah suatu benda yang baru namun telah lama wujud di negara ini.Merupakan perniagaan yang paling cepat berkembang di peringkat global, perniagaan francais di Malaysia telah bermula kira-kira 60 tahun yang lalu menerusi syarikat-syarikat seperti Singer, Bata, stesen-stesen minyak, pengedar-pengedar automobile dan perhotelan. Namun pertumbuhan pesat perniagaan ini lebih ketara sekitar tahun 70-an dan awal 80-an apabila restoran-restoran makanan segera seperti KFC, A&W dan McDonalds mula bertapak di negara ini. Senario ini berterusan apabila lebih banyak produk dan perkhidmatan yang menggunakan pendekatan sistem francais.

Pihak kerajaan telah mengenalpasti perniagaan francais sebagai satu di antara mekanisma yang paling cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan dan telah menjadikan Program Pembangunan Francais sebagai satu di antara program utama untuk membangunkan usahawan Bumiputera.Bahagian Francais dan Vendor telah diwujudkan pada 8 Mei 1999 serentak dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Awam. Bahagian ini mempunyai dua unit iaitu Unit Francais dan Unit Vendor. Unit Francais (Program Pembangunan Francais) merupakan unit yang dipindahkan dari Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Sementara Unit Vendor (Program Pembangunan Vendor) pula adalah dari Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri (MITI).

Perpindahan kedua-dua program tersebut adalah selaras dengan tujuan penubuhan MECD untuk memenuhi keperluan dasar kerajaan dalam mempercepatkan pencapaian matlamat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).Pada 09 April 2009, Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) telah dibubarkan dan fungsi Bahagian Pembanguan Francais telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang kemudiannya ditukar kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Walaupun belum banyak produk francais tempatan telah difrancaiskan ke luar negara, namun beberapa francais tempatan telah berjaya mengembangkan jenama mereka ke luar negara, contohnya, Langkawii Crystall, Marrybrown Fried Chicken,dan juga Nelson’s.Antara jenama lain yang turut terlibat dan dikenali di dalam industri francais tempatan pula adalah seperti produk makanan dan minuman, terutama sekali makanan ringan dan pencuci mulut seperti Tutti Frutti dan Old Town White Coffee pula adalah jenama utama di dalam francais kopitiam, iaitu segmen sub di bawah sektor makanan dan minuman.

Secara ringkasnya, pembangunan industri francais di Malaysia sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha membantu usahawan tempatan berkembang melalui sistem francais.Pelbagai inisiatif juga telah diperkenalkan bagi menubuhkan infrastruktur sokongan untuk merancang, melaksana, membangun dan mengawal selia pembangunan francais serta memberikan bantuan dan kemudahan pembiayaan kepada mana-mana individu yang berminat untuk menceburi dunia perniagaan ini.

No comments:

Post a Comment